Pejabat Pendaftar UPNM

 
 
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Alhamdulilah, 20 Ogos 2023 adalah Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia dengan tema Pentadbir Madani Memacu Kecemerlangan Universiti.
Terima kasih buat semua pentadbir UPNM khasnya yg telah bersama-sama menguruskan universiti selama hampir 17 tahun penubuhannya.
Budaya kecemerlangan dan kesungguhan berusaha perlu ada dalam diri setiap pentadbir untuk menjaga kelestarian UPNM yang kita sayangi.
Hargai tugas dan tanggungjawab masing-masing, saling hormat menghormati antara satu sama lain dan laksanakan amanah ini dengan sepenuh jiwa raga .
Saya dan seluruh warga pentadbir amat bersyukur, berbangga serta sentiasa mendoakan agar warganya dikurniakan keberkatan, silaturahim yg baik dan mencapai kecemerlangan serta kegemilangan.
Aamiinn Ya Rabb.
Pendaftar UPNM