31 Oktober 2023
Sesi Pembentangan Pengurusan Perjawatan Staf UPNM bersama YBhg Naib Canselor dan Pengurusan Tertinggi Universiti.
Pejabat Pendaftar telah mengadakan sesi Taklimat Pengurusan Perjawatan UPNM kepada Ybhg Lt Jen Datuk Mardzuki, Naib Canselor dan barisan Pengurusan Tertinggi universiti.
Taklimat ini disampaikan oleh Ybrs Puan Fazielah Mohamad, Pendaftar bersama Pegawai-pegawai Unit Perjawatan, Pengambilan dan Kemajuan Kerjaya. Fokus taklimat pembentangan adalah untuk memberi penerangan terperinci tentang perjawatan dan struktur organisasi yang diperlukan mengikut fungsi/peranan yang telah ditentukan bagi sesuatu FPJB dalam usaha membentuk right sizing yang ideal dengan penggunaan sumber tenaga yang optimum.