Pejabat Pendaftar UPNM

 
Persidangan Pengurus Sumber Manusia 2023
 
"Mendepani Arus Perubahan, Memacu Kecemerlangan Inklusif"
 
Persidangan Pengurus Sumber Manusia 2023 yang bertemakan "Mendepani Arus Perubahan, Memacu Kecemerlangan Inklusif" dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mulai 7 hingga 9 November 2023 bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Persidangan yang melibatkan Pengurus Sumber Manusia daripada 20 Universiti Awam ini merupakan platform perkongsian maklumat untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus berkaitan dasar dan peraturan pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam.
Persidangan kali ini dihadiri oleh YBrs Pn. Fazielah Mohamad (Pendaftar UPNM) En. Rafizul Rozlee (Ketua Bahagian Sumber Manusia), Pn. Zaishamsuria binti Samsudin (Unit Perjawatan, Pengambilan dan Laluan Kerjaya-Bukan Akademik) dan Pn. Norhanum binti Abdul Halim (Unit Perkhidmatan dan Saraan-Akademik).