Bengkel Tadbir Urus dan Pengurusan Sumber Manusia telah dilaksanakan pada 15 dan 19 Januari 2024. Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya di bilik Sipadan Pusat Marin UPNM. Bengkel ini telah dihadiri semua ketua Unit, Bahagian dan Pusat di bawah tanggungjawab Pejabat Pendaftar. Pengisian bengkel ini fokus kepada penelitian setiap perancangan dan aktiviti yang
akan dilaksanakan oleh setiap Unit di bawah Pejabat Pendaftar. Di akhir sesi Bengkel ini Pendaftar turut menjemput Bendahari untuk sesi rumusan Bengkel Tadbir Urus dan Pengurusan Sumber Manusia. Semoga perancangan dan gerak kerja setiap Unit, Bahagian dan Pusat di bawah tanggungjawab Pejabat Pendaftar akan dapat dilaksanakan dan membuahkan hasil serta memberi manafaat kepada warga UPNM. Semoga Pejabat Pendaftar terus cemerlang dan memberi khidmat yang terbaik.