Pejabat Pendaftar UPNM

Pada 23 dan 24 Mac 2024 Pejabat Pendaftar bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM telah melibatkan seramai 105 orang warga kampus iaitu terdiri daripada Staf dan Pelajar pada aktiviti Kolaborasi Sukarelawan UPNM bagi Program Voluntourism Iftar@KL yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
 
Program Voluntourism merupakan program homegrown MOTAC dalam menyediakan perkhidmatan sukarelawan secara percuma dalam sesuatu program/ aktiviti/acara atau destinasi pelancongan oleh kumpulan sasar termasuk pelancong domestik dan antarabangsa.
Program Voluntourism ini memberi impak positif dalam meningkatkan kemahiran insaniah diri, memupuk kemahiran komunikasi silang budaya, mengeratkan hubungan kerjasama dengan masyarakat dan membina kemahiran kerja berpasukan para sukarelawan yang terdiri daripada pelajar universiti, badan bukan kerajaan, komuniti setempat dan pelancong domestik serta antarabangsa.
 
Aktiviti Kolaborasi Sukarelawan UPNM bagi Program Voluntourism Iftar@KL di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ini akan diteruskan sehingga 30 Mac 2024.