10 Februari 2025
Sesi Taklimat Pentadbiran Universiti kepada YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh Barisan Pengurusan Tertinggi Universiti dan disampaikan oleh Puan Fazielah binti Mohamad, Pendaftar. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan komprehensif tentang aspek pentadbiran universiti merangkumi hala tuju strategik, pengurusan sumber manusia, kewangan, pembangunan infrastruktur, serta maklumat akademik dan penyelidikan yang sedang dan akan dilaksanakan.
Sepanjang sesi ini, YBhg. Naib Canselor turut diberikan gambaran menyeluruh tentang portfolio dan peranan barisan Pengurusan, pencapaian universiti, cabaran semasa, serta langkah-langkah yang diambil bagi memastikan kelestarian dan kecemerlangan institusi dalam melahirkan graduan holistik berkualiti tinggi.
Dalam sesi ini, YBhg Naib Canselor telah menzahirkan aspirasi dan pandangan strategik beliau agar segala usaha demi mengangkat kecemerlangan Universiti diteruskan dengan gemblengan sinergi menyeluruh. Hal ini bagi menentukan hala tuju Universiti sentiasa relevan dengan asas penubuhannya serta aspirasi mutakhir negara.