Pejabat Pendaftar UPNM

Pejabat Pendaftar UPNM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke-8, berkuat kuasa 30 Januari 2025.
 
Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi dalam satu sesi ringkas di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022 dan memiliki pengalaman luas dalam kepimpinan pertahanan negara, termasuk pernah menjawat jawatan Panglima Markas 2 Divisyen Pulau Pinang dan penasihat ketenteraan kepada mantan Menteri Pertahanan (2014-2018).
 
Dengan kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki, kami yakin UPNM akan terus maju dalam mengukuhkan pentadbiran organisasi, pembangunan akademik, serta penyelidikan sains dan teknologi pertahanan demi melahirkan bakat terbaik dalam sektor pertahanan dan keselamatan negara.
Kami juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang menerajui UPNM sebelum ini.