Pejabat Pendaftar UPNM

 
6 Ogos 2025 | UPNM– UPNM menerima kunjungan delegasi KPT dan JPA di Bilik Mesyuarat Senat bagi sesi perbincangan strategik menyelaras permohonan perjawatan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahun 2026.
Sesi ini menyaksikan pembentangan oleh Pendaftar UPNM, Puan Fazielah binti Mohamad, yang mengemukakan cadangan perjawatan baharu dan penaiktarafan berdasarkan data, analisis dan justifikasi selari dengan pelan strategik UPNM30 serta keperluan semasa dan akan datang.
Naib Canselor, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, hadir bersama Pengurusan Tertinggi dan Ketua-ketua FPJB, mencerminkan kesepaduan UPNM dalam memperkukuh kapasiti sumber manusia.
Delegasi KPT diketuai oleh Encik Azhar bin Mohamad Yusof, manakala delegasi JPA diketuai oleh Encik Mohd Azryil Azimie bin Mohamed Majmin, bersama pegawai kanan kedua-dua agensi. Kehadiran mereka menzahirkan sokongan terhadap tadbir urus berimpak tinggi dan pembangunan modal insan mampan.
Sebagai sebahagian daripada lawatan, delegasi turut dibawa melawat Simulator Kapal di Pusat Maritim, yang menjadi antara fasiliti utama dalam pemerkasaan pendidikan dan latihan maritim di UPNM.
Inisiatif ini membuktikan komitmen UPNM untuk menjayakan visi UPNM30 melalui pelaburan strategik terhadap sumber manusia.