Pejabat Pendaftar UPNM

 
Pejabat Pendaftar dalam usaha berterusan UPNM30 melihat keperluan masa hadapan pensyarah perubatan dengan menganjurkan Sesi Libat Urus bagi membincangkan pelaksanaan Garis Panduan Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP) pada 4 Ogos 2025 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat FPKP.
Melalui sesi ini, pelbagai cadangan penambahbaikan serta penyelarasan terhadap aspek pelaksanaan program latihan kepakaran khusus bagi pensyarah perubatan yang mengikuti laluan Parallel Pathway.
Ia merangkumi perbincangan melibatkan struktur program, pematuhan kepada garis panduan pihak berkuasa berkaitan dan implikasi tenaga sumber manusia.
Penganjuran sesi ini merupakan langkah proaktif universiti dalam memastikan laluan pembangunan kepakaran akademik dalam bidang perubatan dapat dilaksanakan secara tersusun, telus dan selaras dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi serta aspirasi nasional dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan perubatan.