Pejabat Pendaftar UPNM

 
Lembaga Pengarah UPNM yang diwakili oleh Encik Md Taufiq bin Md Ralip, Tuan Haji Ghazali bin Hizam dan YBhg. Dato' Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, telah meluangkan masa hadir ke Program Ulangkaji dan Penetapan Minda Pemimpin Institusi Pendidikan Tinggi (Refresher and Mind Setting Programme for Leaders of Higher Education Institutions) di WTC KL.
Program anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) ini melibatkan Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir yang telah menyampaikan ucapan penutup.
Peserta juga adalah di kalangan Pendaftar UA,TNC Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), ahli Lembaga Pengarah Universiti Awam serta Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat universiti dari seluruh negara.
Program ini juga adalah untuk membincangkan cabaran serta halangan semasa yang dihadapi IPTA di samping membentuk kesepakatan terhadap pendekatan strategik dalam memperkukuh daya tahan dan keberkesanan kepimpinan institusi.