Pengenalan
Perkhidmatan Pelanggan adalah sebuah seksyen yang ditubuhkan bagi memberi bantuan kepada pelanggan luar dan dalam upnm. Seksyen ini dilatih khusus dalam bidang Perkhidmatan Pelanggan Telefonis dan Kaunter agar dapat memberikan perkhidmatan yang optimum kepada pelanggan. Selain dari perkhidmatan pelanggan seksyen ini juga terlibat dengan bantuan perkhidmatan lain seperti :
1. Proses Permohonan dan Pengeluaran Kad Pintar.
2. Proses Permohonan dan Pengeluaran Kad Perubatan.
3. Tempahan dan Penggunaan Bilik Mesyuarat Senat , Jabatan Pendaftar serta Executive Lounge.
4. Pengurusan Stor AlatTulis.
5. Pengurusan Jubah Konvokesyen.
6. Pengurusan Pakaian Seragam.
7. Pengurusan Aset Jabatan.
8. Urusetia acara anjuran jabatan.
Komponen – Komponen Seksyen Perkhidmatan Pelanggan.
1. Perkhidmatan Kaunter.
2. Telefonis.
3. Bantuan Tenaga.
4. Aduan Pelanggan.
Misi & Visi
Menjadi sebuah seksyen yang bersatu padu dalam memberikan bantuan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pelanggan dan menjadi Front liner yang responsive serta menepati konsep mesra pelanggan.
Objektif.
- Memastikan semua pelanggan dilayan secara adil dan saksama dan setiap panggilan telefonis dijawab mesra dan sopan serta menggunakan standart expression yang telah diberi.
- Membawa imej korporat bagi mencerminkan imej yang baik buat jabatan.
- Memastikan semua perkhidmatan yang diberi membawa impak positif serta mencapai tahap kepuasan pelanggan.